nuffnang

Carian Blog

Dengar Bacaan Al-Quran

Khamis, 28 Februari 2013

Dr Yusuf Qardhawi mendhaifkan hadis sahih Muslim..??



Penulisan ini tidaklah sehebat tinta dari rakan seperjuangan sahabat saya, berbekalkan sedikit ilmu yang sudah pastinya tidaklah sehebat mana, sahabat saya terpanggil untuk menyambung atau meneruskan perbincangan mengenai perkara tajuk iaitu Dr Yusuf Qardhawi mendhaifkan hadis sahih Muslim berkenaan "taat pemerintah walau dipukul punggung (belakang) dan merampas harta" selain sama dengan pendapat Syaikh Mustafa al-`Adawiy ia juga sama dengan pendapat al-`Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Dr. Yusof Al-Qaradawi berkata: boleh berhimpun untuk menentang mungkar. Dan golongan ulama di dalam PAS memakai kaedah Dr Yusuf Qardhawi ini. Artikel blog ini bertajuk Dr Yusuf Qardhawi mendhaifkan hadis sahih Muslim?
ini menerangkan kaedah bagaimana Dr Yusuf Qardhawi menghalalkan mengguling pemerintah Ahlu Sunnah. Kita perlu bersabar, dan jangan terus gopoh menghina ulama. Kita harus berlapang dada. Jika kita bersikap gemar menghina ulama, tidak ada bezanya kita dengan khawarij dan syiah. Malah anatar dua puak pelampau asya'irah dan puak pelampau wahabi yang saling sesat mensesatkan. Fatwa Dr Yusuf adalah berkisar dalam komuniti negara Mesir dan ia tidak terpakai di Malaysia. Kita ada Majlis Fatwa sendiri untuk hal maqasid syariah, fiqh kenegaraan dan manhaj haraki. zaman sekarang kita tidak dapat rasai zaman pemerintah merampas harta rakyat. Ia selalunya berlaku ketika zaman perang, di mana pemerintah akan merampas harta rakyat bagi menampung kos peperangan. Pada zaman aman pula, cara rampasan harta rakyat dilakukan dengan lebih baik dan bukan dengan ugutan di mana kita kenali ia sebagai kaedah kutipan cukai kerajaan. Dr Yusuf Qardhawi mengeluarkan fatwa dengan mendhaifkan hadis yang akan kita bincangkan sebentar lagi kerana ia melibatkan negara Mesir di mana ia menjadi dalil untuk menumbangkan Husni Mubarak sedangkan kita sedia maklum bahawa Husni Mubarak seorang ahlu sunnah sedangkan banyak lagi hadis lain yang sahih menceritakan kewajipan mentaati pemerintah selama mana pemerintah itu Islam, ahlu sunnah dan bersolat.

Jika pemerintah itu Syiah pula bagaimana? Dibolehkan... tetapi dengan syarat, kita wajib mengumpulkan tentera, memperkasakan tentera, aset peperangan dan kelengkapan perang yang cukup. Dengan adanya kesemua itu, maka kita dapat mempertahankan rakyat daripada menjadi mangsa pemerintah (contohnya kita lihat kegagalan persiapan perang oleh Mujahid Syria yang mengakibatkan rakyat menderita).
al-Qaradawi seorang tokoh, dia bukan nabi. Pendapatnya boleh diterima dan ditolak. Bertaklid kepada beliau dalam semua perkara bukanlah tindakan yang betul keranasetiap pendapat dinilai dengan apa yang kita faham dari al-Quran dan al-Sunnah. Yang baik diikuti, yang salah dihindari.
1. Apa hukum tentera Amerika di Qatar?
2. Apakah di Qatar dibolehkan demonstrasi bagi menentang kewujudan markas tentera Amerika.
3. Apakah di Qatar dibolehkan demonstrasi bagi menentang kewujudan markas tentera Amerika di al-‘Udayy, Qatar. Sudah tentu ia akan merumitkan keadaan beliau untuk berkata-kata.
4. Apakah Qatar negara yang lebih baik dari Malaysia?
5. Apakah ia menjalankan sistem Islam 100%?
6. Apakah ia mengikut negara acuan Rasulullah?
JIKA TIDAK MAKA MENGAPA DR QARADHAWI TIDAK PERNAH MENJENTIK AMER QATAR DAN MENYURUH RAKYATNYA DEMONSTRASI?
Baiklah, kita teruskan dengan kaedah Dr Yusuf Qardhawi yang mengisytiharkan bolehnya menggulingkan pemerintah di mana kaedah ini pernah dipakai oleh Muhammad bin Abd al-Wahhab (bermazhab Hanbali, wafat 1793 M) Pemikiran beliau ini digelar wahhabi. Sekali lagi saya jelaskan, saya bukan Wahhabi dan saya tetap menyelisihi fatwa Dr Yusuf Qardhawi ini.
Adakah Wajib Taat Pemerintah Walau Punggung (iaitu belakang) Dipukul & Harta Dirampas?

قَالَ حُذَيْفَةُ بْنُ الْيَمَانِ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا بِشَرٍّ فَجَاءَ اللَّهُ بِخَيْرٍ فَنَحْنُ فِيهِ فَهَلْ مِنْ وَرَاءِ هَذَا الْخَيْرِ شَرٌّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ هَلْ وَرَاءَ ذَلِكَ الشَّرِّ خَيْرٌ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ فَهَلْ وَرَاءَ ذَلِكَ الْخَيْرِ شَرٌّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ كَيْفَ قَالَ يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لَا يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلْأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ

Hudzaifah bin Yaman berkata, "Saya bertanya, "Wahai Rasulullah, dahulu saya berada dalam kejahatan, kemudian Allah menurunkan kebaikan (agama Islam) kepada kami, apakah setelah kebaikan ini timbul lagi kejahatan?" beliau menjawab: "Ya." Saya bertanya lagi, "Apakah setelah kejahatan tersebut akan timbul lagi kebaikan?" beliau menjawab: "Ya." Saya bertanya lagi, "Apakah setelah kebaikan ini timbul lagi kejahatan?" beliau menjawab: "Ya." Aku bertanya, "Bagaimana hal itu?" beliau menjawab: "Setelahku nanti akan ada pemimpin yang memimpin tidak dengan petunjukku dan mengambil sunah bukan dari sunahku, lalu akan datang beberapa laki-laki yang hati mereka sebagaimana hatinya setan dalam rupa manusia." Hudzaifah berkata; saya betanya, "Wahai Rasulullah, jika hal itu menimpaku apa yang anda perintahkan kepadaku?" beliau menjawab: " Dengar dan taatlah pada pemerintah walaupun punggung (iaitu belakang)mu dipukul dan hartamu dirampas! Dengarlah dan taatilah ia.” (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya, no. 1847. Daruquthni melaporkan hadis ini mursal sebagaimana di dalam Syarah Imam Nawawi)

Status hadis: Sanadnya putus dan ianya adalah tambahan lafaz (ziyadah) yang Munkar iaitu Khata' (silap). Menurut Imam al-Daraqutni sanad hadis ini Mursal (iaitu putus) kerana Abu Salam Mamthur tidak pernah sama sekali mendengar dari Huzaifah. Mursal ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi disandarkan kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tanpa menyebutkan nama orang (sahabat) yang menceritakan kepadanya. Di dalam kes hadis ini, Huzaifah tidak pernah menceritakan kepada Mamthur. Baiklah, ikuti lagi penjelasan ini.

Jalur Sanad
Terdapat dua jalan iaitu:

Pertama: Hudzaifah bin Al Yaman - Rawi terputus – Mamthur - Zaid bin Sallam bin Abi Salam Mamthur - Mu'awiyah bin Salam bin Abi Salam Mamthur - Yahya bin Hassan bin Hayyan - Muhammad bin Sahal bin
'Askar

Kedua: Hudzaifah bin Al Yaman - Rawi terputus – Mamthur - Zaid bin Sallam bin Abi Salam Mamthur - Mu'awiyah bin Salam bin Abi Salam Mamthur - Yahya bin Hassan bin Hayyan - Abdullah bin 'Abdur
Rahman bin Al Fadhol bin Bihram

Mamthur seorang yang majhul/matsur iaitu tidak dikenali identitinya. Mamthur (atau digelar juga Abu Sallam Al Habasyi) adalah orang Syam yang tsiqah. Ada dua faktor hadis ini mursal iaitu:
a. Abu Abdurrahman pula berkata Abi Salam Mamthur ialah orang Habasyah atau Syam. Sedangkan Huzaifah berada di Madinah dan Kufah atau;
b. Antara Mamthur dan Huzaifah mungkin terdapat seorang lagi perawi dan kerana terputusnya perawi ini, para ulama muhadditsin mengatakan hadis ini daif kerana mursal. Itu pemahaman saya mengenai hadis ini. Perawi bernama Mamthur juga boleh ditemui di dalam Hadis Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmidzi, Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad.

Zaid bin Sallam adalah anak kepada Mamthur dan beliau adalah tabiin yang tidak sempat bertemu sahabat nabi, beliau tinggal di Syam. Beliau seorang tsiqah.

Muawiyah bin Sallam pula adalah cucu Mamthur dan beliau adalah tabi’ at-tabiin, beliau merupakan perawi maqbul dan hujahnya boleh dipakai.

Abu Zakaria Yahya bin Hassan seorang yang tsiqah merupakan tabi’ at-tabiin.

Abu Bakr Muhammad bin Sahal pula tabi’in. Beliau tsiqah. Dan pada jalur kedua, Abdullah bin 'Abdur
Rahman bin Al Fadhol adalah perawi tsiqah hafiz di kalangan tabi’ul atba.

Penjelasan Ringkas
1. Di antara Mamthur dan Huzaifah terdapat seorang perawi lagi yang dikatakan tabi'in. Disebabkan faktor ini, maka kemungkinan Imam Muslim memasukkan ke dalam sahihnya (kerana salah satu kaedah metodologi Imam Muslim sendiri, akan diterangkan kemudian) wallahu a'lam. Kedua-duanya tinggal di tempat yang berasingan lagi jauh. Berkemungkinan di antara Mamthur itu juga terdapat seorang perawi yang lemah yang mungkin menambahkan ayat ini. Dan penjelasan rinci memang agak sukar bagi saya kerana guru saya juga bersikap mendiamkan diri.

2. Kedudukan Mamthur dan anaknya Zaid bin Sallam sama-sama tabiin. Hadis dari Mamthur lebih bersifat hadis turun temurun kepada keluarganya sahaja kerana hadis ini diikuti oleh cucunya Muawiyah bin Sallam.

3. Ada lebih kurang 5-6 hadis riwayat Mamthur yang digunakan Imam Muslim dan adalah mustahil Mamthur berdusta dan ada kemungkinan juga beliau berdusta apabila dilihat faktor latar belakangnya yang berasal dari seorang hamba yang dibebaskan.

Di dalam keterangan yang diperoleh, bahawasanya Imam Muslim memasukkan hadis ini kerana hendak menyampaikan sesuatu kecacatan pada hadis ini. Logiknya, ia tak sepatutnya berlaku, contohnya Imam Bukhari juga menulis sebuah kitab adabul mufrad sebagai contoh bagi mengasingkan hadis yang dhaif tetapi dengan sanad yang baik bagi tujuan yang kita sedia maklum. Jika Imam Muslim mencampuradukkan yang dhaif di dalam sahihnya, maka 'downgrade' akan berlaku sejak dulu lagi terhadap kitab sahihnya dan kemungkinan ia akan menjadi setaraf Sunan Abu Daud. Ada penjelasan yang panjang di sini yang tidak sampai kepada kita iaitu di dalam Kitab Imam Muslim seperti al-Tamyiz, Thabaqat Al-Kubra, Al-Musnad Al-Kabir dan lain-lain lagi, Imam Muslim sendiri ada menyatakan ada beritahu beberapa hadis dhaif yang beliau masukkan di dalam Kitab Sahihnya.

Metodologi Penyusunan Hadis Sahih oleh Imam Muslim
Dr. Hamzah al-Malibari di dalam Kitabnya ‘Abqariyyah Imam Muslim, Imam Muslim telah menyatakan metodologi penyusunannya antaranya membahagikan hadis-hadis marfu’ kepada tiga bahagian dan para perawi kepada tiga tabaqat (kelas) dan menjelaskan tiga bahagian hadis dan tiga tabaqat perawi-perawi. Hanya terdapat 12 hadis mu’allaq sahaja di dalam Sahih Muslim dan beliau menjadikannya sebagai mutaba’at dan syawahid (sokongan).
Imam Muslim mempunyai pendekatan tersendiri dalam memperkenalkan perawi yang disebutkan dalam sanadnya oleh gurunya tanpa nama bapa atau nisbah dan ini akan menimbulkan kesamaran dalam menentukan siapakah perawi yang dimaksudkan itu. Sekiranya perawi itu disebutkan binnya maka beliau akan menjelaskan dengan gaya penerangan bukan cara memasukkan terus sehingga dianggap itulah yang disebutkan oleh gurunya.

Kenapa Berlaku Kecacatan Hadis Ini?
1. Hadis ini mursal dengan isnad munqathi (terputus).
2. Ayat “walaupun punggung (iaitu belakang)mu dipukul dan hartamu dirampas” inilah yang mencacatkan hadis ini dan jika kita lihat kaedah penyusunan, ia telah didahulukan dengan hadis yang menyangkal kezaliman pemerintah antaranya dalam tajuk “Keutamaan Imam Yang Adil (فضيلة الإمام العادل وعقوبة الجائر والحث على الرفق) terlebih dahulu. Ketaatan kepada pemimpin adalah wajib selagi mana pemimpin itu Islam dan mematuhi syariat Allah berdasarkan hadis yang lain.
3. Sedangkan wajib ke atas seseorang Muslim untuk mempertahankan harta dan kehormatan serta maruahnya, dan sekiranya dia dibunuh (ketika mempertahankan harta dan kehormatan serta maruahnya) maka dia mati syahid.

Walau bagaimanapun, hadis lafaz Abu Daud, Ahmad dan al-Hakim pula disahihkan Zahabi dan Albani yang berbunyi:

فَإِنْ كَانَ لِلَّهِ يَوْمَئِذٍ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةٌ جَلَدَ ظَهْرَكَ، وَأَخَذَ مَالَكَ فَالْزَمْهُ
Jika Allah mempunyai Khalifah di bumi dan dia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka lazimilah dia (dikeluarkan al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abu Daud dan Ahmad) pada isnadnya terdapat Subai’ bin Khalid (سبيع بن خالد اليشكري) dan dia adalah maqbul menurut Ibnu Hajar Al-Asqolani, Wallahu a’lam

Fatwa mengenai kedaifan hadis tersebut boleh dilihat dihttp://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=107887

Tiada ulasan:

nuffnang