nuffnang

Carian Blog

Dengar Bacaan Al-Quran

Jumaat, 22 Mac 2013

Kembalikan Melayu Kepada Akar Kegemilangan


Menelusuri sejarah moden  tamadun manusia, kita akan bertemu dengan beberapa peristiwa yang mencabar institusi rasional kita. Kekejam ALDOF HILTER dalam mengarahkan pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi dedalangan menggunakan gas beracun dalam peristiwa HOLOCAUST, kegilaan SLOBODAN MILOSEVIC dalam kempen pembersihan etnik Bosnia oleh bangsa Serbia d dan Croatia, keganasan rejim Zionis yang mengebom dan memusnahkan khemah pelarian di Sabra dan Shatilla tanpa mengenal usia dan jantina dan yang terbaru pengusiran etnik Rohingya dari Myanmar hanya kerana keturunan dan agama.
Tercetusnya Perang Dunia Kedua juga di latari oleh perjuangan bangsa. Bangsa Jepun contohnya, mahu merealisasikan cita-cita ingin menjandi bangsa yang agung dan mampu menguasai Asia.
Bangsa Aryan yang di tindas oleh Yahudi di Jerman di tiup semangat juang oleh Hitler membela dan membalas dendam terhadap kekejaman yang di lakukan oleh bangsa Yahudi dengan pendekatan di luar batasan kemanusiaan.
Persoalannya, adakah ini yg di namakan perjuangan bangsa..? Membalas dendam, menghalau, menyingki r, membunuh, memusnah dan mencurigai mereka yang tidak sebangsa dengan kita..? Menakluk, perluasan sempadan Negara, memperhamba dan melakukan sewenang-wenangnya hanya dengan semangat kebangsaan tanpa mengira nilai kemanusiaan.. Adakah ini yang di namakan perjuangan bangsa..??
Dari sudut yang lain, hakikat kewujudan bangsa kita mestii di terima seutuhnya. Ini di tegaskan dalam al-Quran mengenai hakikat kelahiran manusia di muka bumi ini menerusi konsep bangsa. Setiap manusia yg lahir pasti mempunyai leluhur yang berkaitan dengan bangsa. Bangsa silih berganti. Ada bangsa yang sudah pun pupus dan di gantikan dengan bangsa yang lain. Keadaan ini akan berterusan sehingga hari kiamat.
Kita juga akan dapati nabi-nabi yang di lahirkan dikaitkan dengan bangsa seperti kaum A`ad, Tsamud, Israil dan pelbagai lagi. Ini menunjukkan kewujudan bangsa adalah satu fitrah dan hakikat yang mesti di terima oleh setiap daripada kita. Namun, ini bukanlah alas an untuk kita memperjuangkan bangsa tanpa batasan. Lesen untuk melakukan penganiayaan atas nama keagungan bangsa, sebab untuk membalas dendam semahunya, melakukan penipuan atas nama kepentingan bangsa dan seumpamanya.
Satu fenomena yg menarik berlaku apabila bangsa Tartar menakluki Kerajaan Abassiyah. Dengan strategi perang yang hebat dan sistematik, Kerajaan Abassiyah yang mempunyai segala ketinggian teknologi dan pengetahuan saintifik, tumbang di serang oleh satu bangsa barbar yang ganas dan jahil. Rupa-rupanya penaklukkan itu atau secara khususnya Baghdad membuka ruang interaksi antara kaum.
Ia juga sekaligus membuka ruang dan peluang dakwah yang akhirnya membawa kepada pengislaman bangsa Tartar tanpa mengurangi kehebatan bangsa berkenaan.
Begitu juga dengan ketundukkan bangsa Jerman terhadap nilai dan falsafah Romawi. Walaupun Imperaturia Romawi ditakluki secara fizikal oleh bangsa Jerman, akhirnya bangsa Jerman ini dapat di kalahkan secara maknawi apabila terpaksa akur dengan falsafah dan kebudayaan Romawi ketika itu.
Daripada catatan ini, kita mendapati perjuangan bangsa bukan di lambing dengan penganiayaan dan pemerasan bangsa lain. Ia adalah perjuangan membentuk nilai bangsa. Nilai bangsa yang unggul akan memelihara keagungan sesebuah bangsa.
Oleh itu, dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13), orang  Melayu perlu kembali kepada akar kegemilangan bangsa. Bangsa Melayu di bina seutuhnya menerusi penghayatan nilai rabbani yang hakiki.
Inilah yang memartabatkan bangsa Melayu sehingga di hormati oleh bangsa lain. Bangsa Melayu di percayai amanah dan jujur. Ikhlas dan telus. Adil dan sederhana sehingga di yakini untuk menjadi tempat berpaut dan berlindung bangsa lain.
Kita mesti berhati-hati dengan tiupan semangat bangsa yang melulu. Ia bukan sahaja menghancurkan bangsa tetapi memusnahkan Negara. Bangsa kita akan selamat dan di pelihara Allah SWT jika berada dalam tangan pemimpin yang sentiasa menghayati nilai rabbani ini. “TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA” pesanan Laksamana Hang Tuag akan terbukti dengan terbinanya Melayu di atas nilai yang hakiki.




Tiada ulasan:

nuffnang