10 syarat pelik seperti mana yg di perkatakan oleh Zuraidah adalah sebagai yang berikut :
- Solat Sunat Istiqarah
- Solat lima waktu pada awal waktu
- Baca Al-Quran, sekurang-kurangnya 1 juzuk pada setiap hari
- Bersedekah walaupun hanya dengan senyuman
- Jangan suka mengungkit
- Berazam utk menjadi sebahagian dari pembayar zakat
- Istiqamah solat malam
- Ingat Allah saw sentiasa bersama
- Sanggup berkorban pada agama
- Sentiasa berzikir
Timbul persoalan di minda saya, adakah syarat sebegini boleh di anggap pelik.. Ustazah Sahidah hanya menjalankan amanah beliau sebagai umat islam, agar beliau tidak di persoalkan mengapa tidak berdakwah di hadapan Allah Azza Wajjallah nanti... Sebagai umat yang mengaku cintakan Rasulullah adakah kita menganggap ianya sebagai syarat pelik..?? Pada saya ianya tidak pelik langsung, kerana ianya menjadi tuntutan dalam agama Islam.. Jika kita rasa ianya sukar utk melaksanakannya, usahlah menganggapnya sebagai pelik.. Apa sebenarnya yang Zuraidah bte Abdul Halim ingin sampaikan daripada artikal tersebut...? Bagaimana pula pendapat saudara saudari sekelian...??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan