10 CONTOH BAGAIMANA RASULULLAH SAW MELAYANI ISTERINYA
1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga maupun untuk dijual.
2. Setiap kali pulang
ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk
dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk
membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan kalau Nabi
berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga.
3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,
dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.
4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat
lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’ (Humairah adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti ‘Wahai yang
kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah. ’Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku
puasa saja hari ini. ’tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah
baginda.
5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat
seorang suami sedang memukul isterinya.Rasul ullah menegur, ‘Mengapa
engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku
sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi
aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Rasulullah
Shallahu 'alaihi wassalam. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman
tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6. Pernah baginda
bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah
lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda
dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7. Kecintaannya yang tinggi
terhadap ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan rasa kehambaan yang sudah
melekat dalam diri Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam menolak sama
sekali rasa kesombongan.
8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari
ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang
lain, ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.
9.
Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih
lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah
bengkak-bengkak.
10. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya
Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah
aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan