nuffnang

Carian Blog

Dengar Bacaan Al-Quran

Isnin, 4 Februari 2013

ISRAEL DAN IRAN CUBA MAIN WAYANG.



Ramai sedia maklum berkenaan isu Israel menyerang Syria yang dilaporkan oleh media-media Barat sebagai untuk melemahkan rejim Basyar. Di sini sedikit pencerahan mengenai isu tersebut


1) Serangan tersebut hanya secebis yang dilakukan oleh Israel sebagai untuk mengalihkan perhatian umat Islam agar bersimpati kepada pihak rejim. Jangan lupa sejarah kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah, yang mana musuh sanggup mencipta satu peperangan antara Kamal Attaturk dan tentera Yunani dengan tujuan untuk membersihakan Kamal pada pandangan rakyat Turki.

2) Jika sekiranya benar rejim dan Israel bermusuhan, mengapa sejak dahulu isu bukit Golan yang diserahkan oleh Hafiz Asad kepada Israel tidak pernah diselesaikan oleh rejim Basyar.

3) Berita melaporkan berkenaan bantuan yang diterima oleh rejim Basyar oleh Isreal sebelum ini apabila tentera mereka dikepung oleh mujahidin di sempadan Bukit Golan. Jika mereka bermusuh, mengapa bantuan tersebut diterima oleh rejim Basyar?

4) Persoalan yang ditimbulkan oleh Syaikh Muaz Khatib iaitu mengapa rejim tidak menghantar satu pun pesawat untuk menangkis serangan tersebut? Malahan, mereka membiarkan pesawat Israel tersebut memasuki ruang udara Syria.

5) Walau bagaimanapun, kita seharusnya mengutuk segala campurtangan kuasa luar dalam menangani isu yang berlaku di Syria sebagaimana campurtangan yang dilakukan oleh Iran, Iraq, Russia dan pakatan Syiah Teluk yang lain.

Hati-hati dengan musuh Islam(Ahlus Sunnah) yang cuba mengelirukan umat Islam.

Syiah Bukan Mahzab










Sabtu, 2 Februari 2013

10 CONTOH BAGAIMANA RASULULLAH SAW MELAYANI ISTERINYA


1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga.

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,
dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’ (Humairah adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. ’Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini. ’tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya.Rasul ullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6. Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam menolak sama sekali rasa kesombongan.

8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.

9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

10. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

Jumaat, 1 Februari 2013

10 Syarat Pelik dan Sukar Di lakukan

Wartawan Tabloid Warta Perdana - Zuraidah bte Abdul Halim mengatakan bahawa Ustazah Sahidah mengenakan 10 syarat pelik dan sukar di lakukan kepada perserta yang ingin belajar menjahit langsir daripada beliau.

10 syarat pelik seperti mana yg di perkatakan oleh Zuraidah adalah sebagai yang berikut :

  1. Solat Sunat Istiqarah
  2. Solat lima waktu pada awal waktu
  3. Baca Al-Quran, sekurang-kurangnya 1 juzuk pada setiap hari
  4. Bersedekah walaupun hanya dengan senyuman
  5. Jangan suka mengungkit
  6. Berazam utk menjadi sebahagian dari pembayar zakat
  7. Istiqamah solat malam
  8. Ingat Allah saw sentiasa bersama
  9. Sanggup berkorban pada agama
  10. Sentiasa berzikir

Timbul persoalan di minda saya, adakah syarat sebegini boleh di anggap pelik.. Ustazah Sahidah hanya menjalankan amanah beliau sebagai umat islam, agar beliau tidak di persoalkan mengapa tidak berdakwah di hadapan Allah Azza Wajjallah nanti... Sebagai umat yang mengaku cintakan Rasulullah  adakah kita menganggap ianya sebagai syarat pelik..?? Pada saya ianya tidak pelik langsung, kerana ianya menjadi tuntutan dalam agama Islam.. Jika kita rasa ianya sukar utk melaksanakannya, usahlah menganggapnya sebagai pelik.. Apa sebenarnya yang Zuraidah bte Abdul Halim ingin sampaikan daripada artikal tersebut...? Bagaimana pula pendapat saudara saudari sekelian...??

nuffnang