nuffnang

Carian Blog

Dengar Bacaan Al-Quran

Ahad, 31 Mac 2013

Empat Asas Utama Lahirkan Umat Bersifat Mulia


Perlaksanaan Undang-undang Pastikan Kehidupan Tersusun

Undang-undang di cipta untuk menjadikan kehidupan manusia sentiasa dalam keadaan tersusun dan sistematik. Di ciptakan undang-undang jalan raya, pusat pengajian, perniagaan, hiburan, jabatan awam dan swasta adalah untuk mencorakkan system kehidupan yang stabil.

Namun segala undang-undang ini tidak memadai untuk memdidik tabiat manusia yg gemar malanggar peraturan yang di tetapkan. Segala undang-undang di cipta tidak mencapai matlamat secara menyeluruh kerana ia bersifat luaran semata-mata tanpa didikkan dalaman.

Undang-undang ini hanya berperanan kepada masyarakat umum sahaja, manakala peranan individu penting utk merealisasikannya. Kita mendapati kekuatan yang ada hanyalah hukuman yang di kenakan kepada pesalah berdasarkan system keadilan yang sedia ada.

Bagi mereka yang bebas daripada kesalahan, tidak mendapat apa-apa ganjaran di dunia. Apa yang perlu adalah wujudnya kefahaman bahawa mereka akan tetap mendapat ganjaran di akhirat.

Syiekh Jamaluddin Al-Afghani berkata, “Tidak cukup untuk kita menghukum pesalah semata-mata kerana di sana masaih ada yang rosak dalaman mereka sehingga sanggup menipu, melakukan maksiat, hasad dengki, penganiayaan dan banyak kerosakkan di muka bumi ini. Terkadang ia tidak dapat di kesan dan mereka terselamat daripada hukuman dunia.”

Dr. Abdullah Darraz dalam bukunya ADDIN menyebut. “Tiada kehidupan dalam mesyarakat yang hanya menumpukan kebaikkan pada zahir tanpa menghiraukan urusan jiwa yg tersembunyi.”

Allah SWT berfirman. “Mereka hanya mengetahui perkara zahir yang nyata daripada kehidupan dunia dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu mengenai hari akhirat.”Surah Ar-rum ayat 7.

Ini contoh mereka yang hanya memandang dari sudut duniawi semata-mata tanpa melihat ganjaran pahala yang di sediakan Allah SWT. Sifat ini hanya akan merugikan seseorang kerana habuan dunia yang hanyalah bersifat sementara.

Imam Ghazali meletakkan empat asas utama sifat mulia di sisi Allah SWT iaitu;
1   1.  Kebijaksanaan yang dapat membezakan benar dan salah
2   2.  Keberanian menahan atau mengarahkan kemarahan dengan menggunakan akal
3   3.  Kebersihan jiwa bagi menahan keinginan menahan syahwat dengan mendidiknya           untuk tunduk kepada akal  dan syarak.
4   4.   Keadilan iaitu kekuatan jiwa yang boleh mengatasi sifat marah dan keinginan syahwat lalu membimbingnya kearah kebijaksanaan.

Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang kasihkan dunia, maka dia membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhiratnya maka dia membahayakan dunianya. Justeru itu, ingatlah utamakan sesuatu yang kekal(akhirat) daripada yang akan rosak binasa(dunia)”- Riwayat Ahmad bin Hakim

Jika di perhatikan maksud kasih di sini ialah cenderung dan gemar terhadap dunia, bukanlah meninggalkan dunia secara keseluruhan kerana kita di tuntut untuk mendapatkan kedua-duanya.

Firman Allah SWT, “Katakanlah wahai Muhammad; Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu.”Surah Ghafir, ayat 39

Hati dan jiwa dalaman adalah pusat yang mengerakkan tubuh untuk melakukan kebaikkan. Hati adalah perkara yang utama untuk memperbaiki akhlak manusia. Nabi SAW menganggapnya sebagai perkara utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruh anggota manusia.


Allah SWT berfirman bermaksud, “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikkan) . Dan sesungguhnya rugilah orang yang menjadikan dirinya yg sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya”  Surah Asy-Syams, ayat 9-10  -

Manusia bergerak melalui urusan dalaman jiwa berteraskan agama yang mana terletaknya kekuatan sebenar. Kekuatan ini akan mencetuskan disiplin kuat untuk melaksanakan undang-undang, seterusnya merealisasikan matlamat di ciptakan undang-undang itu.

Undang-undang yang baik akan berkesan jika manusia bertindak mengikut landasan agama. Iman al-Ghazali berkata, “Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kekotoran batin.”

Firman Allah SWT  , “Demi diri manusia dan yang akan menyempurnakan kejadiannya(dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya.  Serta mengilhamkannya(untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikkan) . Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yg sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat/kejahatan)” Surah asy-Syams, ayat 7-10 –

Tiada ulasan:

nuffnang