Kisah
ini saya ambil dari facebook seorang hamba Allah swt dan kisah ini benar
berlaku di US. Moga ianya dapat memberi menafaat kepada kita semua
terutama kepada kaum muslimah..
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil
jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah
lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak
gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang
lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu.
Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat
waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas
dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah
membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki
itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu.
Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai
ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini
terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang
lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10
minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar
lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus
ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti
bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga
kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong
tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol
perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya.
Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi
sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat
lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No,
you are not alone. That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side. If you
were alone of course you will be my victim.”
(Tak,
awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki
berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah
kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi
mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila
dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana
memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca
malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….
Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan